ARKIB : 29/07/2009
KUALA LUMPUR - Semua trofi
kejuaraan tempatan pernah dijulang, cuma anugerah Kasut Emas sebagai penjaring
terbanyak yang belum berada dalam koleksi penyerang Perlis, Nizaruddin Yusof.
Musim ini impian untuk memenangi
anugerah yang tidak pernah dikecapinya hampir tercapai apabila bekas penyerang
Selangor itu kini menduduki tangga teratas dalam senarai penjaring Liga Super
dengan 16 gol ketika saingan hanya tinggal satu perlawanan.
Menjelang perlawanan terakhir
musim ini menentang Polis, di Kangar Sabtu ini, Nizaruddin tekad untuk
memastikan sentuhan gol terus menjadi, bukan sahaja demi memastikan kemenangan
pasukannya tetapi juga memburu misi peribadi sebagai penjaring terbanyak.
''Saya telah menjulang semua
piala, cuma Kasut Emas yang belum pernah saya rasai. Impian itu semakin hampir
dan Sabtu ini pada perlawanan terakhir musim ini akan menentukan
segala-galanya.
''Setelah misi memburu trofi Liga
Super berakhir, kini sasaran saya ialah untuk anugerah penjaring terbanyak.
''Jika berjaya, maka lengkaplah
trofi dan anugerah dalam karier saya,'' katanya ketika dihubungi semalam.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5Y4BD0D48
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan