ARKIB : 02/08/2009
Nizaruddin julang Perlis, diri
sendiri
DATUK Seri Shahidan Kassim
(tengah) bersama-sama pemain skuad Perlis gembira selepas dinobatkan naib juara
Piala Malaysia apabila menewaskan PDRM dengan jaringan 2-1 di Stadium Utama
Negeri, Kangar, semalam. MINGGUAN/Faizal Abu Hassan
KUALA LUMPUR Nizaruddin Yusof
menutup tirai Liga Super musim ini dengan dua jaringan yang bukan sahaja
berjaya menjulang dirinya untuk ditabal sebagai penjaring terbanyak dengan 18
gol malah meletakkan Perlis selaku naib juara di belakang Selangor.
Gol Nizaruddin pada minit ke-53
dan 79 itu cukup untuk membolehkan Perlis menewaskan Polis Diraja Malaysia 2-1
di Stadium Utama Negeri, Kangar semalam walaupun pada satu ketika ketinggalan
hasil jaringan pemain lawan, Khairul Azwan Abdullah pada minit ke-51.
Malang bagi pencabar Nizaruddin
untuk merebut gelaran Kasut Emas, Mohd. Ashaari Samsudin apabila dia hanya
mampu menjaringkan satu gol ketika Terengganu seri 1-1 dengan Negeri Sembilan.
Pada perlawanan di Stadium Tuanku
Abdul Rahman Paroi itu, Ashaari yang terikat 16 gol dengan Nizaruddin, mencipta
jaringan pada minit ke-21 sebelum S. Kunalan menyamakan kedudukan buat tuan
rumah pada minit ke-84.
Kedah pula menduduki tempat
ketiga musim ini selepas menewaskan Pulau Pinang 1-0 pada perlawanan di Stadium
Darul Aman, Alor Setar.
Ini diikuti Johor FC di tempat
keempat selepas pasukan bertaraf kelab itu menewaskan Kelantan 2-1 pada
perlawanan di Stadium Pasir Gudang.
Terengganu pula di tempat kelima
diikuti Kelantan, Negeri Sembilan, KL PLUS, Kuala Muda Naza, Perak, UPB-MyTeam,
Pulau Pinang, Pahang dan PDRM.
Kedudukan mutakhir itu diperoleh
selepas turut mengambil kira keputusan perlawanan yang menyaksikan KL PLUS
menewaskan Kuala Muda Naza 5-0 di Stadium KLFA Cheras dan Perak seri 1-1 dengan
UPB-MyTeam di Stadium Perak, semalam.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5YJ0mPVcH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan