Selasa, 14 Mei 2019

MALAYSIA 0-6 MANCESTER UNITED

Julai 23, 2001 - Name Of Event: The Star Challenge Cup
Malaysia Star          0-6     Manchester United
Ruud van Nistelrooy (7',35'), Andy Cole (46',77'), David Beckham (29'), Luke Chadwick (70') Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (Att: 80,000)
Malaysia
Penjaga Gol: Kamarulzaman Hassan, Azmin Azram Aziz dan Mohd. Syamsuri Mustafa

Pertahanan: S. Jayaprakash, Rezuan Radzy, Mazuki Yusof, Norhafiz Zamani Misbah, K. Rajini, Mohd. Nizam Jamil dan Abd. Aziz Ismail

Tengah: Subri Sulong, Ahmad Shahrul Azhar, K. Rajan, Chow Chee Weng, Mohd. Shawal Johadi, Mohd. Syaiful Sabtu, Mohd. Shukor Adan, Juzaili Samion, Indra Putra Mahayuddin dan D. Surendran

Penyerang: Hairuddin Omar, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Nizaruddin Yusof, Rudie Ramli, Fadzli Shaari dan Mohd. Fareed Shah

Manchester United
Penjaga Gol: Fabien Barthez dan Raimond van ger Gouw
Pertahanan: Jaap Stam, Gary Neville, Phil Neville, Ronny Johnsen, Wes Brown dan Denis Irwin
Tengah: Roy Keane, Paul Scholes, David Beckham, Nicky Butt, Ryan Giggs, Juan Sebastian Veron dan Quinton Fortune
Penyerang: Ruud van Nistelrooy, Andy Cole, Dwight Yorke, Ole Gunnar Solksjaer dan Luke Chadwick[1]



[]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

Julai 26, 2003 - MALAYSIA 0-4 BIRMINGHAM CITY

Birmingham City
Stern John (8',50'), Stephen Clemence (76'), Bryan Hughes (81')          4-0     Malaysia       Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (Att: 12,000)
Ref: Rob Styles (England).
Birmingham City: 1-Ian Bennett (13-Colin Doyle 78); 2-Jeff Kenna, 26-Olivier Tebily, 5-Darren Purse (25-Matthew Upson 46), 23-Jamie Clapham (32-Stephen Clemence 63); 7-Paul Devlin, 8-Robbie Savage, 24-Darren Carter, 16-David Dunn (11-Stan Lazaridis 46); 9-Geoff Horsfield (10-Bryan Hughes 63), 14-Stern John (22-Damien Johnson 70).

Malaysia: 1-Azmin Azram Aziz (22-Syamsuri Mustaffa 85); 23-Yosri Derma Raju, 3-Norhafiz Zamani Misbah, 18-Kaironnisam Sahabuddin Hussain, 19-Rosdi Talib; 20-Hairuddin Omar (7-Fadzli Saari 53), 24-K.Nanthakumar (17-Juzaili Samion 53), 15-Tengku Hazman Raja Hassan (25-Shukor Adan 72), 13-Indra Putra Mahayuddin; 14-Akmal Rizal Rakhli (9-Eddy Helmi Manan 65), 10-Nizaruddin Yusof (11-Irwan Fadli Idrus 60).[1]


[1] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

MALAYSIA 1-4 CHELSEA Julai 25, 2003 - Separuh Akhir

Malaysia
Hairuddin Omar (40')        1-4     Chelsea
Frank Lampard (36'), Jimmy Floyd Hasselbaink (70'), Eidur Gudjohnsen (83'), Glen Johnson (85')     Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (Att: 21,000)
Ref: Subkhiddin Salleh (Malaysia).
Malaysia: 1-Azmin Azram Aziz; 23-Yosri Derma Raju, 3-Norhafiz Zamani Misbah (16-Aziz Ismail 29), 18-Kaironnisam Sahabuddin Hussain, 19-Rosdi Talib; 20-Hairuddin Omar (7-Fadzli Saari 82), 24-K.Nanthakumar, 15-Tengku Hazman Raja Hassan (C) (17-Juzaili Samion 79), 13-Indra Putra Mahayuddin; 14-Akmal Rizal Rakhli, 10-Nizaruddin Yusof (11-Irwan Fadzli Idrus 72).

Chelsea: 35-Marco Ambrosio; 15-Mario Melchiot, 26-John Terry (C), 29-Robert Huth (5-Glen Johnson 28), 4-Wayne Bridge; 30-Jesper Gronkjaer (22-Eidur Gudjohnsen 62), 8-Frank Lampard (27-Alexis Nicolas 71), 36-Joe Keenan, 11-Boudewijn Zenden (21-Damien Duff 62); 32-Mikael Forssell (18-Sebastien Kneissl 62), 39-Carlton Cole (9-Jimmy Floyd Hasselbaink 62).[1]


[1]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

Malaysia Selection XI 0-2 Chelsea

Nicolas Anelka (25'), Ashley Cole (51')  Stadium Shah Alam (Att: 50,000)
MALAYSIA SELECT XI: 1-Mohd Helmi Eliza Elias, 5-Norhafiz Zamani Misbah, 7-Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (2-S.Subramanian 81), 21-Irwan Fadzli Idrus (4-Mohd Asraruddin Putra Omar 35), 3-Mohd Fauzie Nan (6-Shafizan Hashim), 26-Mohd Amirulhadi Zainal (11-Mohd Nizaruddin Yusof), 19-Mohd Hardi Jaafar (17-Zairo Anuar Zailani), 13-Indra Putra Mahayuddin (9-Ashari Samsuddin 86), 12-Mohd Shukor Adan (C) (25-Azi Shahril Azmi), 10-Mohd Safee Sali (8-Mohd Zaquan Adha Abdul Razak), 20-Hairuddin Omar (14-Mohd Khyril Muhyameen Zambri)
Coach: B.Sathianathan

CHELSEA: 1-Petr Cech (23-Carlo Cudicini 64), 26-John Terry(C) (2-Branislav Ivanovic 77), 6-Ricardo Carvalho (33-Alex ht), 18-Wayne Bridge (3-Ashley Cole ht), 20-Deco (7-Andriy Shevchenko 64), 5-Michael Essien, 10-Joe Cole (Malouda ht), 24-Shaun Wright Philips (Ferreira ht), 12-John Obi Mikel, 8-Frank Lampard (17-Scott Sinclair 77), 39-Nicholes Anelka (36-Franco Di Santo 64),
Manager: Luiz Felipe Scholari
Referee: Subkhiddin Salleh (Malaysia)[1]


[1]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

Sabtu, 11 Mei 2019

Skuad kebangsaan dirombak

ARKIB : 09/10/2004
SKUAD bola sepak kebangsaan mengalami rombakan besar dalam barisan pemain untuk dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia minggu depan dengan ramai muka baru diketengahkan dan beberapa pemain regular pula diketepikan, lapor JOHARI SHAWAL.
Senarai pasukan berwajah baru itu diumumkan oleh jurulatih baru kebangsaan, Bertalan Bicskei untuk perlawanan menentang Hong Kong dan Kuwait minggu depan.
Antara pemain regular yang diketepikan ialah pemain pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah, Khaironnisam Shahabudin, Irwan Fadli Idrus, penyerang Mohd. Nizaruddin Yusoff, Eddy Helmi Manan, pemain tengah, Juzaili Samion, Mohd. Shukor Adan serta penjaga gol, Azmin Azram Aziz, Jamsari Sabian, Kamarulzaman Mohamad dan Mohd. Sany Fahmi.
Bisckei pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam berkata, sebahagian besar pemain regular terpaksa diketepikan kerana cedera selain memberi peluang kepada pemain baru.
``Khaironisam, Eddy, Juzaili, Shukor, Jamsari dan Kamarulzaman mengalami kecederaan dan Shukor pula digantung perlawanan.
``Jadi kita terpaksa mengambil ramai pemain baru. Selain daripada menggantikan mereka ini, ia adalah sebagai persiapan untuk menghadapi Piala Tiger,'' katanya.
Menurut jurulatih dari Hungary itu, yang menggantikan Allan Harris dari England, kenyataan bahawa Malaysia sudah tiada peluang untuk memberi saingan dalam kelayakan Kumpulan 4 Piala Dunia menjadi faktor perubahan besar pasukan kebangsaan.
``Kita sudah tiada peluang, oleh itu saya jadikan dua perlawanan ini sebagai persiapan kita untuk Piala Tiger,'' katanya.
Selepas empat perlawanan yang dikendalikan oleh Harris, skuad Malaysia kini berada di tangga terbawah Kumpulan 4 tanpa sebarang mata setelah tewas keempat-empat perlawanan.
Mereka tewas 3-1 kepada Hong Kong, Kuwait (2-0), China (4-0 dan 1-0).
Tanggungjawab bagi baki dua perlawanan di gelanggang lawan iaitu menentang Hong Kong Rabu ini dan Kuwait pada 17 November depan kini dipikul oleh Bicskei.
``Perlawanan menentang Hong Kong saya anggap perlawanan pertama persiapan pasukan untuk Piala Tiger.
``Kemudian kita akan bermain persahabatan dengan Singapura pada 1 November dan Emiriah Arab Bersatu pada 12 November sebelum menentang Kuwait untuk perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia.
Bagaimanapun Bisckei berkata, senarai pemain itu bukanlah barisan terakhir untuk Piala Tiger.
Pada Piala Tiger yang berlangsung di Kuala Lumpur bermula 7 Disember ini, Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Filipina, Myanmar, Timor Leste dan Thailand.
Manakala Kumpulan A yang akan bermain di Bandar Raya Ho Chi Minh ialah Vietnam, Singapura, Indonesia, Laos dan Kemboja

MALAYSIA 3-0 CHINESE TAIPEI


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
25 Mac 2000 Malaysia 3-0 Chinese Taipei (Stadium Shah Alam)
Malaysia 3-0 Chinise Taipei
m-34 Mohammed Noor Derus
m-82, 86 Rusdi Suparman

PEMAIN MALAYSIA
22 Mohamed Sany Fahmy
02 Abdul Ghani Malik
03 Syamsul Amri Abu Bakar
04 B. Rajinikandh
05 Bakhtiar Othman
07 Ahmad Shahrul Azahar
08 Anuar Jusoh
09 Mohamed Noor Derus
10 Mohamed Nizaruddin Yusof
13 Zami Mohamed Noor
14 Hairul Nizam Hanif
PEMAIN GANTIAN
19 Rosdi Talib
06 Idris Karim
16 Rusdi Supaman.[i]


[i]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/search/label/National%20Team

Jumaat, 10 Mei 2019

Permulaan mengaibkan

ARKIB : 19/02/2004
Oleh AIZAWATI AHMAD
 
PENYERANG Malaysia, Nizaruddin Yusoff dijatuhkan pemain Hong Kong dalam saingan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2006 Kumpulan Empat di Kuantan, semalam. - Gambar GHAZALI BASRI.

MALAYSIA mempamer aksi cukup mengecewakan apabila tewas 3-1 kepada pasukan bukan pilihan Hong Kong dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2006 Kumpulan Empat Zon Asia di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.

Sebaliknya, dua jaringan Chu Siu Kei pada minit ke-87 dan Cheung Sai Ho pada minit ke-90 menceriakan Hong Kong yang sebelum itu diikat 1-1 oleh pasukan tuan rumah pada babak pertama.

Sebelum itu, Ng Wai Chiu terlebih dahulu mengejutkan skuad negara apabila menyumbat gol pendahuluan pada minit ke-16 tetapi pemain pertahanan, Rosdi Talib menyamakan kedudukan pada minit ke-38.

Sebaik tirai babak pertama disingkap, Malaysia menguasai permainan tetapi kesilapan barisan pertahanan jelas membawa padah.

Ini menyaksikan pada minit ke-16, Wai Chiu menanduk masuk jaringan yang mengejutkan 12,000 penonton untuk Hong Kong mendahului 1-0.

Gol berpunca apabila sepakan percuma pemain Hong Kong, Law Chun Bong gagal ditangkap kemas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Hamsani Ahmad sebelum disambar Wai Chiu.

Lima minit selepas itu, Hong Kong hampir menambah jaringan tetapi mujur sepakan penyerangnya melambung tinggi melepasi palang gol.

Namun Rosdi menyelamatkan maruah pasukan kebangsaan apabila menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-38.

Pemain pertahanan kebangsaan itu menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil selepas penyerang, Nizaruddin Yusoff dijatuhkan dalam kotak penalti.

Walaupun gandingan penyerang, Liew Kit Kong dan ketua pasukan, Hairuddin Omar banyak mengkucar-kacirkan pertahanan lawan, ketiadaan penyudah yang berkesan menyaksikan peluang yang terhidang sering tersasar termasuk percubaan solo Hairuddin pada minit ke-41.

Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan skuad negara bangkit di babak kedua tidak kesampaian apabila Hong Kong menambah dua lagi gol dalam baki tiga minit terakhir permainan.

Selepas kemasukan V. Saravanan masih gagal membawa sebarang perubahan pada jentera serangan Malaysia. Hong Kong mengambil kesempatan itu dengan meledakkan dua jaringan.

Gol kedua Hong Kong juga berpunca daripada kesilapan Hamsani yang gagal menangkap kemas sepakan Siu Kei sebelum bola menggolek masuk pada minit ke-87.

Ketika perlawanan dilihat bakal berkesudahan 2-1, Hong Kong sekali lagi mengejutkan Malaysia dengan gol ketiga dalam masa kecederaan menerusi Sai Ho yang merembat kencang daripada jarak 30 meter.

MALAYSIA: Hamsani Ahmad, Yuszaiman Zahari, Syamsul Saad, Faizal Zainal, Rosdi Talib, Eddy Helmi Manan, Kaironnisam Sahabudin Hussain (Tengku Hazman Raja Hassan), K. Nantha Kumar, Liew Kit Kong (V. Saravanan), Hairuddin Omar, Nizaruddin Yusoff.

HONG KONG: Fan Chun-yip, Ng Wai-chiu, Man Pei-tak, Lee Wai-man, Chan Wai-ho, Luk Koon-pong, Lau Chi-keung, Law Chun-pong (Cheung Sai-ho), Sham Kwok-keung (Kwok Yue-hong), Lawrence Akandu (Chan Ho-man), Chu Siu-kei

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4e35CZ0lw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pelatih pusingan kelayakan Piala Dunia mulai 18 Februari 2004.


Pelatih  pusingan kelayakan Piala Dunia mulai 18 Februari 2004.
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Eddy Helmi Manan, Idris Abdul KArim (Johor FC), Victor Andrag (Kedah), Khairul Anuar Baharum (Negeri Sembilan), Chow Chee Weng, Chee Wan Hoe (Penang), Azmin Azram Aziz, Subri Sulung, Rosdi Talib, Hairuddin Omar, Azizul Kamaluddin (Pahang), K.Nanthakumar, V.Saravanan, Liew Kit Kong, Chan Wing Hoong, Syamsul Mohd Saad, Mohd Hamsani Ahmad (Perak, Tengku Hazman Raja Hassan, Muhamad Kaironnisam Hussain (Perlis), K.Sanbagamaran (Sabah), Wong Sai Kong, Kamarulzaman Hasan (Sarawak), Mohd Sany Muhammad Fahmi (Selangor), Jamsari Sabian, Yuszaiman Zahari, Faizal Zainal, Mohd Nizaruddin Yusop (Selangor MPPJ), M.Elangoo, Lim Chan Yew (Selangor Public Bank).[i]


[i]http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4dqwzHMvl© Utusan Melayu (M) BhdS

Orang lama dalam skuad senior

ARKIB : 13/01/2004
Oleh Johari Shawal

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat sedikit `kejutan' dalam menamakan barisan pelatih skuad senior kebangsaan dengan memilih beberapa bekas pemain negara untuk membentuk pasukan yang bakal mengharungi kelayakan Piala Dunia, Mac ini.

Antara pemain itu ialah penyerang berpengalaman Pahang, Azizul Kamaluddin, K. Sanbagamaran, Idris Karim, bekas ketua pasukan kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, B. Rajinikandh dan Khairul Anuar Baharom.

Penasihat Teknikal FAM, Karl Heinz-Weigang berkata, seramai 36 pemain telah disenaraikan untuk latihan dan semua nama pemain yang berada dalam senarai itu adalah pilihan para jurulatih Liga Malaysia.

``Kami sengaja menamakan barisan ini kerana mereka adalah pilihan jurulatih dan yang terbaik dalam pasukan masing-masing.

``Semua pemain akan melaporkan diri di Wisma FAM untuk dihimpunkan selama tiga hari (16 hingga 18 Januari) dan menerusinya kita akan mengenal pasti pemain mana yang boleh diserapkan dalam pasukan sebenar,'' kata Weigang pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Weigang berkata, mereka terpaksa memilih pemain atas cadangan jurulatih dari pasukan ke-lab masing-masing kerana masa untuk mengumpulkan pemain amat terhad.

``Kelayakan Piala Dunia akan berlangsung Mac ini dan kita hanya ada tiga bulan untuk membuat persiapan termasuk memilih pemain.

``Kita akan lihat perkembangan setiap daripada 36 pemain ini menerusi aksi-aksi Liga Malaysia yang bermula Februari depan,'' katanya.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan 4 pada kelayakan benua Asia yang terdiri daripada Kuwait, Hong Kong dan China yang beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia 2002.

Skuad senior ini akan dibimbing oleh jurulatih bawah 21 negara, K. Rajagopal.

Weigang berkata, daripada 36 pemain berkenaan, Rajagopal akan memilih 20 pemain untuk bertandang ke Jepun bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan negara itu pada 7 Februari.

Bekas penjaga gol utama skuad kebangsaan, Kamarulzaman Hassan, turut dipanggil untuk latihan selain Hairuddin Omar, Subri Sulong, Rosdi Talib, Nizaruddin Yusof, Eddy Helmy Manan, Syamsul Saad dan Yuszaiman Zahari.

Weigang berkata, pemilihan pemain-pemain berkenaan tidak akan mengganggu tumpuan skuad bawah 23 kendalian jurulatih England, Allan Harris yang dikhususkan untuk kelayakan Olimpik yang berlangsung pada masa yang hampir sama.

``Barisan ini cuma permulaan. Kita akan kenal pasti mereka yang benar-benar berpotensi untuk menyarung jersi kebangsaan selepas latihan kesesuaian dibuat,'' kata Weigang.

BARISAN PELATIH SENIOR

Penjaga gol: Azmin Azram Aziz, Jamsari Sabian, Hamsani Ahmad, Kamarulzaman Hassan.

Pertahanan: B. Rajinikandh, Khairul Anuar Baharom, Bahtiar Othman, Lim Chan Yew, Khaironnisam Sahabudin, Victor Andrag, Chee Wan Hoe, Syamsul Saad, Chan Wing Hong, Subri Sulong, Rosdi Talib, Wong Sai Kong, Faizal Zainal, Yuszaiman Zahari, M. Elangoo.

Tengah: K. Sanbagamaran, Idris Karim, Ahmad Shahrul Azhar, Tengku Hazman Raja Hassan, Chow Chee Weng, K. Nanthakumar, Gilbert Cassidy Gawing, Ramesh, Eddy Helmy Manan, Hardi Jaafar.

Penyerang: Azizul Kamaluddin, V. Saravanan, Khalid Jamlus, Liew Kit Kong, Hairuddin Omar, Sapian Abdul Wahid, Nizaruddin Yusof.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4dkZ3B7QU
© Utusan Melayu (M) Bhd

MALAYSIA 1-5 IRAQ

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
MALAYSIA: Mohd. Syamsuri Mustafa, Abdul Aziz Ismail, Mohd. Khaironnisam Sahabuddin, Mohd. Fadzli Saari (Irwan Fadzli Idrus), Rosdi Talib, Yosri Ali Derma Raju, Mohd. Shukor Adan, Tengku Hazman Raja Hassan (Juzaili Sameon), Indra Putra Mahayuddin, Mohd. Nizaruddin Yusof, Hairuddin Omar.

IRAQ: Saad N. Jamel, Haedr J. Kadhim (Ali Waheeb), Jassim S. Fayadh, Haythem K. Taher, Rafed B. Ahmad, Husam F. Nagi, Haydar A. Jassim (Nasir TaliB), Ahmed K. Assad, Qussi H. Salah, Ahmed M. Abbas, Younis M. Khalaf.[1]


[1]http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ddzdYWko© Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 9 Mei 2019

MALAYSIA 4-0 MYANMAR - ARKIB : 09/10/2003


OLEH-AHMD BIN YAAKOB
Bola sepak kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. Malaysia menang 4-0.
MALAYSIA: Azmin Azram Aziz, Norhafiz Zamani Misbah, M. Elangoo, Mohd. Fadzli Shaari, Mohd. Nizaruddin Yusof (Gilbert Cassidy Gawing), Indra Putra Mahayuddin, Tengku Hazman Raja Hassan, Muhammad Juzaili Samion (Shukor Adan), Muhamad Kaironnisam Sahabudin, Rosdi Talib, Hairuddin Omar (K. Rajan).

MYANMAR: Aung Aung Oo, Min Thu, Zaw Lynn Tun, Soe Myat Min, Zaw Zaw (Kyaw Thu Ra), Aung Kyaw Moe, Yan Paing, Lwin Oo, Aung Kyaw Tun, Soe Lin Tun, Htay Aung (Kyaw Khing Win).[i]



[i]http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4dck4TwOB© Utusan Melayu (M) Bhd

Zainizam diketepikan

ARKIB : 07/10/2003

BARISAN serangan pasukan bola sepak kebangsaan tambah tumpul menjelang pusingan pertama kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang bermula esok apabila penyerang Sabah, Zainizam Marjan pula terpaksa diketepikan daripada skuad.

Ketiadaan Zainizam menambah lagi sengsara jurulatih negara, Allan Harris untuk merencanakan strateginya serangannya.

Jurulatih dari England itu sebelum ini sudah pun kehilangan penyerang utama negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli selain dua tonggak pertahanan, Subri Sulong dan Victor Andraq.

Harris berkata, Zainizam terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan di lutut.

``Selepas membuat pemeriksaan fisioterapi, kecederaan yang dialami Zainizam didapati sukar sembuh pada waktunya dan saya tiada pilihan selain menggugurkannya,'' katanya selepas latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Zainizam melaporkan diri di kem skuad negara kelmarin dalam keadaan kecederaan itu yang dialaminya ketika bermain pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang MPPJ Selangor, Sabtu lalu.

Sabah tewas 3-0 dalam perlawanan itu.

Semua pemain itu digugurkan kerana cedera.

Harris berkata, dia akui pasukan negara kurang menyengat di barisan serangan atas faktor kecederaan itu.

``Saya kini hanya ada dua penyerang iaitu Hairuddin Omar dan Mohd. Nizaruddin Yusof. Pilihan saya sekarang ialah menggunakan Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Fadzli Shaari untuk memperkukuhkan serangan,'' katanya.

Selain Zainizam, pemain pertahanan Mohd. Nizam Jamil, penjaga gol Mohd. Sany Fahmi dan Azrin Shah Zainal turut diketepikan.

Dalam kelayakan Piala Asia, Malaysia berada dalam Kumpulan F bersama Iraq, Bahrain dan Myanmar. Pusingan pertama kelayakan berlangsung di Kuala Lumpur bermula esok hingga Ahad ini manakala Bahrain melangsungkan pusingan kedua pada 20 hingga 24 Oktober.

Skuad negara akan membuka kempen pertandingan pusingan pertama menentang Myanmar malam esok sebelum bertemu Iraq pada Jumaat dan Bahrain pada Ahad.

Semua pasukan telah berada di Kuala Lumpur.

Hanya pasukan teratas dari setiap kumpulan layak beraksi pada pusingan seterusnya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4dceYGkDA
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 8 Mei 2019

Malaysia kecundang lagi

ARKIB : 30/12/2002
PEMAIN Vietnam meraikan jaringan pertama mereka sambil pemain Malaysia termasuk penjaga gol, Azmin Azram Aziz kecewa semasa pertemuan penentuan tempat ketiga bola sepak Piala Tiger di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan, semalam. Malaysia tewas 2-1. - Gambar SAIFUL NIZAM BAHARI.

Daripada ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
JAKARTA - Mimpi buruk mengiringi sisa perjuangan Malaysia dalam Piala Tiger 2002 apabila kempunan untuk mengekalkan kedudukan tempat ketiga yang dihasilkan dua tahun lalu setelah tewas 2-1 kepada Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan, di sini, semalam.

Sebaliknya, Vietnam menebus kekecewaannya menerusi jaringan Tran Troung Giang pada minit ke-45 dan Nguyen Minh Phuong pada minit ke-59.

Gol tunggal Malaysia pula diperolehi oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-55 tetapi gagal membantu Malaysia yang mempamerkan aksi hambar terutama dalam separuh masa pertama.

Dalam saingan Piala Tiger di Bangkok pada 2000, Malaysia menewaskan Vietnam 3-0 untuk menduduki tempat ketiga.

Bagaimanapun, Malaysia yang sebelum itu mempamerkan aksi memberangsangkan sekalipun tewas 1-0 kepada Indonesia dalam saingan separuh akhir Jumaat lalu, gagal meneruskan corak permainan tersusun semalam.

Kemenangan Vietnam menyaksikan pasukan tersebut meraih RM76,000 di tempat ketiga manakala Malaysia memperoleh RM38,000 di tempat keempat.

Skuad kebangsaan memulakan aksi awal babak pertama dengan persembahan hambar sehingga membenarkann Vietnam beberapa kali mencuri kesempatan menembusi benteng pertahanan Malaysia.

Hanya kegagalan penyerang Vietnam yang diketuai Le Huynh Duc menemui penyudah menyelamatkan Malaysia daripada asakan pantas Vietnam.

Serangan pantas Vietnam hampir membawa padah kepada Malaysia tetapi sepakan Huynh Hong Son pula tersasar pada minit ke-14.

Entah kenapa, Malaysia gagal mengatur gerakan tersusun untuk memudahkan Vietnam membalas serangan, menyaksikan dalam satu percubaan rembatan Nguyen Quoc Truong dapat ditampan penjaga gawang, Azmin Azram Abdul Aziz pada minit ke-27.

Kelekaan Malaysia yang berterusan membawa padah apabila Troung Giang yang berada di depan pintu gol skuad kebangsaan, menyepak ke penjuru gawang menewaskan Azmin Azram untuk Vietnam mendahului 1-0, seminit sebelum separuh masa pertama berakhir.

Malaysia cuba bangkit sebaik permainan bersambung pada separuh masa kedua tetapi sepakan sudut Indra Putra sekadar menyaksikan tandukan kencang Hairuddin Omar berjaya ditepis penjaga gol, Tran Minh Quang pada minit ke-47.

Asakan berterusan Malaysia akhirnya membawa hasil apabila mendapat tendangan percuma untuk Indra Putra merembat bola dari jarak 25 meter ke penjuru gawang Vietnam pada minit ke-55 bagi mengikat kedudukan 1-1.

Namun kegembiraan skuad bimbingan jurulatih Allan Harris cuma seketika apabila kegagalan tonggak pertahanan Norhafiz Zamani Misbah untuk mengeluarkan bola daripada kotak penalti Malaysia menyaksikan Minh Phuong yang merampas bola terus merembat masuk gol kemenangan empat minit kemudian. - Utusan

VIETNAM

Tran Minh Quang, Phang Hung Dung, Luong Trung Tuan, Huynh Hong Son, Nguyen Minh Phuong, Tran Minh Quang, Nguyen Quoc Truong, Pham Minh Duc (Nguyen Huy Hoang), Tran Troung Giang (Ngo Quang Troung), Trinh Xuan Thanh (Dang Phuong Nam), Le Huynh Duc.

MALAYSIA

Azmin Azram Abdul Aziz, Subri Sulong (A. Victor), Norhafiz Zamani Misbah, Khaironnisam Sahabudin, Rosdi Talib, K. Nantha Kumar, Eddy Helmi Abdul Manan (Mohd. Fadzli Saari), Tengku Hazman Raja Hassan, Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar (Nizaruddin Yusuf), Akmal Rizal Rakhli.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cQEWPngu
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bambang gegar Bung Karno

ARKIB : 28/12/2002
Rosdi Talib melepasi asakan keras pemain Indonesia, Bambang Pamungkas, pada perlawanan separuh akhir Piala Tiger menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, semalam. - Gambar Saiful Nizam Bahari.

Daripada ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
JAKARTA - Malaysia gagal mengotakan janji untuk ke perlawanan akhir bola sepak Piala Tiger 2002 apabila tewas 1-0 kepada Indonesia dalam saingan separuh akhir yang mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan, di sini, semalam.

Sebaliknya, Indonesia menerusi jaringan tunggal penyerang handalannya, Bambamg Pamungkas pada minit ke-75 mengulangi kejayaan mengekalkan rekod ke perlawanan akhir untuk bertemu Thailand sebagaimana dilakukan dalam pertandingan yang sama di Bangkok pada tahun 2000.

Indonesia yang beraksi di depan kira-kira 60,000 penyokong akan sekali lagi berdepan dengan juara bertahan Thailand yang sebelum itu mengalahkan Vietnam 4-0 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Sementara pencapaian terbaik negara dalam kejohanan itu ialah pada 1996 dengan beraksi dalam perlawanan akhir tetapi tewas 1-0 kepada Thailand dan pada kejohanan dua tahun lalu, skuad kebangsaan cuma mendapat tempat ketiga.

Jurulatih kebangsaan, Allan Harris kecewa dengan keputusan itu dan memberi alasan barisan pemainnya yang kurang pengalaman dan masih muda dengan sebahagian besar berusia 21 tahun.

``Saya rasa sedikit kecewa tetapi itulah bola sepak. Kami mencipta beberapa peluang dan terus berusaha mencari gol tetapi tidak bernasib baik,'' kata jurulatih dari England itu.

Jurulatih Indonesia, Ivan Kolev mengakui Malaysia lebih banyak melancarkan serangan dan pemainnya pula gagal menguasai bahagian tengah.

``Kami perlu mengubah kelemahan itu apabila menentang Thailand pada perlawanan akhir nanti,'' kata jurulatih berbangsa Bulgaria itu.

Saingan kedua-dua pasukan tegang yang menyaksikan kad kuning dilayangkan oleh pengadil dari Bahrain, Ebrahim Abdul Hamed untuk pemain Indonesia, Supriyono dan pemain Malaysia, Khaironnisam Sahabudin.

Ketegangan semakin terasa sehingga berakhir babak permainan separuh masa pertama apabila skuad Malaysia yang menuju ke bilik persalinan dilontar dengan botol air mineral.

Kesempatan terbaik terhidang, dimulakan gerakan cantik Eddy Helmi Manan yang membuat hantaran pendek kepada Akmal Rizal Ahmad Rakhli namun sepakan penyerang itu sedikit tersasar pada minit ke-56.

Di sebalik keghairahan mengasak, kubu Malaysia cemas seketika hasil serangan mengejut mengkucar-kacirkan benteng pertahanan skuad kebangsaan sehinggalah kegagalan Zaenal Arif melakukan sepakan tepat pada minit ke-62 yang melegakan anak-anak buah Harris.

Namun, malang akhirnya menimpa skuad negara apabila keadaan kelam kabut di depan pintu gawang skuad kebangsaan menyaksikan kesempatan terbaik diambil Bambang yang menjadi pemusnah menerusi tandukan lemah tetapi gagal diselamatkan penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz pada minit ke-75 untuk menyemarakkan penyokong tuan rumah kerana kejayaan ke perlawanan akhir Piala Tiger 2002. - Utusan

MALAYSIA:

Azmin Azram Abdul Aziz, Subri Sulong, Norhafiz Zamani Misbah, Khaironnisam Sahabudin, Rosdi Talib, K. Nantha Kumar, Eddy Helmi Abdul Manan, Tengku Hazman Raja Hassan, (Nizaruddin Yusuf) Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar, Akmal Rizal Rakhli.

INDONESIA:

Hendro Kartiko, Agung Setyobudi, Sugiyantoro, Firmansyah, Nuralim, Supriyono (Aples Gidion Tecuari), Amir Yusuf (Hary Syaputra), Iputu Gede Swisantoso, Budi Sudarsono, Zaenal Arif, Bambang Pamungkas.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cQB8bvvZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kita juara Kumpulan B


ARKIB : 23/12/2002
 
PEMAIN Malaysia, Mohd. Nizaruddin Yusof (no. 20) membuat terjahan ke atas pemain Laos, Ananh Thepsouvanh (no. 6) dan Chalana Luang (no. 5) pada perlawanan Piala Tiger di Singapura semalam. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Daripada BAZLI ABDUL RAHMAN
SINGAPURA - Malaysia yang tidak menurunkan barisan kesebelasan utamanya hanya seri 1-1 dengan Laos dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Bishan, semalam.

Kedua-dua gol dijaringkan di separuh masa pertama. Malaysia menerusi sepakan penalti Mohd. Nizam Jamil pada minit ke-26 dan Laos menerusi Visay Phaphouvann pada minit ke-28.

Perlawanan yang dianggap hanya untuk melengkapkan jadual selepas Malaysia sudah pun layak ke separuh akhir lebih awal bagaimanapun hampir memalukan pasukan negara.

Beraksi tanpa Indra Putra Mahyuddin, Akmal Rizal Rakhli, Rosdi Talib, Hairuddin Omar, Azmin Azram Aziz dan Norhafiz Zamani Misbah yang direhatkan, Malaysia bagaimanapun lebih dulu membuka jaringan.

Ini selepas pengadil dari Korea Selatan, Lee Young-chun menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-26 berpunca daripada terjahan keras pemain Laos, Ananh Thepsouvanh ke atas Nizaruddin Yusof dalam kotak penalti.

Pemain pertahanan, Mohd. Nizam Jamil yang ditugaskan mengambil sepakan penalti itu tidak menghadapi masalah untuk menyempurnakannya dengan baik.

Bagaimanapun tidak sampai dua minit selepas itu, Laos berjaya menyamakan kedudukan.

Sepakan percuma yang diambil oleh Chalana Luang Amath disambut dengan tandukan Phaphaouvann yang mengegarkan gawang Malaysia yang dikawal Mohamad Syamsuri Mustafa.

Jurulatih negara, Allan Harris ternyata orang yang paling lega dengan keputusan itu selepas menyaksikan anak buahnya gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan.

``Saya gembira dengan keputusan ini tetapi agak kecewa dengan corak persembahan keseluruhan yang ditunjukkan pemain saya.

``Mereka bermula baik tetapi semakin merosot persembahan selepas itu. Bagaimanapun beberapa pemain menunjukkan prestasi membanggakan yang pasti menyukarkan saya untuk memilih pemain di separuh akhir nanti,'' ujarnya selepas perlawanan.

Perlawanan semalam turut disaksikan Timbalan Presiden, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dengan keputusan itu, Malaysia muncul juara Kumpulan B dengan tujuh mata dan akan bertemu antara tiga pasukan iaitu Myanmar, Vietnam atau Indonesia yang merupakan naib juara dari Kumpulan A.

Kedudukan itu akan ditentukan hari ini apabila Myanmar bertemu Vietnam manakala Indonesia bertemu Filipina.

Sebelum bertemu Laos, Malaysia telah melayakkan diri ke separuh akhir setelah mengumpul enam mata melalui dua kemenangan awal.

Tiga mata pertama dikutip hasil kemenangan ke atas Singapura 4-0 dan kemudian mengejutkan juara bertahan, Thailand dengan kemenangan 3-1.

MALAYSIA:

Mohamad Syamsuri Mustafa, Subri Sulong (K. Nanthakumar), A. Victor, Chan Wing Hoong, Mohd. Nizam Jamil, Irwan Fadli Idrus, Muhammad Kaironnisam Sahabudin Hussain, Juzaili Samion (Tengku Hazman Raja Hassan), Zainizam Marjan, Mohd. Fadzli Shaari (Eddy Helmi Abdul Manan), Nizaruddin Yusof.

LAOS:

Vanhnasith Thilavongsa, Anousone Khothsombuth, Vilayphone Sayyavong, Chalana Luang Amath, Ananh Thepsouvanh, Valasine Dalaphone, Sousayanh Phengsengsay, Visay Phaphouvann, Nithsavong Khounphachan (Soutsakhone Vongsamany), Sengphet Thongmachan (Chanty Souksombuth), Kholadeth Phonepachan (Soubiah Keophet).

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cQ0yJrvZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 7 Mei 2019

SINGAPURA 0-4 MALAYSIA –PIALA TIGER 19/12/2002

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
MALAYSIA: Azmin Azram Abdul Aziz, Indra Putra Mahyuddin (Chan Wing Hoong), Norhafiz Zamani Nisbah, Rosdi Talib, Subri Sulong, K. Natha Kumar, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain, Eddy Helmi Abdul Manan, Tengku Hazman Raja Hassan, Hairuddin Omar (Nizaruddin Yusof).

SINGAPURA: Sharil Jantan, Egmar Goncalves, Mohd. Noh Rahman, Mohd. Nazri Nasir, Rudy Khairon Daiman, Ahmad Latiff Khamaruddin, Zulkarnaen Zainal (Aide Iskandar Sahak), Mohd. Noor Mohd. Ali, Mohd. Noh Alam Shah Kamaruzaman, S. Subramani, Daniel Bennet.[1]


[2]http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cPuEFFGY

SINGAPURA 0-4 MALAYSIA –PIALA TIGER 19/12/2002

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
MALAYSIA: Azmin Azram Abdul Aziz, Indra Putra Mahyuddin (Chan Wing Hoong), Norhafiz Zamani Nisbah, Rosdi Talib, Subri Sulong, K. Natha Kumar, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain, Eddy Helmi Abdul Manan, Tengku Hazman Raja Hassan, Hairuddin Omar (Nizaruddin Yusof).

SINGAPURA: Sharil Jantan, Egmar Goncalves, Mohd. Noh Rahman, Mohd. Nazri Nasir, Rudy Khairon Daiman, Ahmad Latiff Khamaruddin, Zulkarnaen Zainal (Aide Iskandar Sahak), Mohd. Noor Mohd. Ali, Mohd. Noh Alam Shah Kamaruzaman, S. Subramani, Daniel Bennet.[1]


[2]http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cPuEFFGY

Skuad kebangsaan dapat suntikan


ARKIB : 12/12/2002
 
PENYERANG negara, Mohd. Nizaruddin Yusof (kiri) berusaha melepasi pemain Kemboja, Soeur Chanveasna dalam aksi bola sepak persahabatan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. Malaysia menang 5-0. - Gambar SAIFUL NIZAM BAHARI.

SKUAD bola sepak kebangsaan mendapat suntikan semangat menjelang Kejohanan Piala Tiger di Singapura minggu depan selepas menang besar 5-0 ke atas Kemboja dalam aksi persahabatan terakhir di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Jurulatih negara, Allan Harris jelas lega dengan kemenangan itu kerana barisan anak buahnya semakin mempamerkan kematangan dalam setiap aksi menjelang kejohanan serantau itu.

``Bagaimanapun, saya mengesan dua atau tiga perkara yang tidak menggembirakan. Beberapa pemain masih melakukan kesilapan yang tidak seharusnya dibuat.

``Tetapi secara keseluruhannya, saya lega kerana pemain bermain dengan baik walaupun baru pulang dari bercuti (Hari Raya). Ia merupakan satu semangat sebelum memulakan kempen Piala Tiger,'' katanya selepas perlawanan itu.

Gol pertama pasukan negara dijaringkan oleh penyerang, Hairuddin Omar pada minit keenam sebelum pemain sayap kiri, Indra Putra Mahayuddin menggandakan jaringan pada minit ke-28.

Gandingan Hairuddin di barisan depan, Akmal Rizal Rakhli turut menemui sentuhan untuk gol ketiga Malaysia sebaik babak kedua bermula seminit.

Zainizam Marjan yang dimasukkan pada pertengahan babak kedua menggantikan Hairuddin, menjaringkan dua gol pada minit ke-62 dan 87.

Aksi gandingan Akmal dan Hairuddin di barisan depan jelas menggembirakan Harris.

``Saya harap mereka dapat mengekalkan prestasi semasa pertemuan penting menentang Singapura nanti,'' kata Harris.

Pasukan negara yang diberi cuti rehat selepas aksi persahabatan semalam, akan berlepas ke Singapura Isnin ini.

Dalam kempen Piala Tiger, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama juara bertahan, Thailand, Singapura dan Laos.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4cPl4ugq3© Utusan Melayu (M) Bhd