ARKIB : 27/02/2004
PENYERANG kelab bola sepak Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ)
Selangor, Nizaruddin Yusof mengakui kesuntukan masa menyebabkan dia
belum berupaya membentuk persefahaman dengan dua penyerang import, Juan
Manuel Arostegui dan Sasa Brazenac pada saingan Liga Perdana.
Tambahan pula, jelas bekas pemain Selangor itu, Sasa dan Arostegui baru sahaja menyertai skuad Black Widow iaitu menjelang sepak mula Liga Perdana musim 2004.
``Saya saya tidak dapat menyertai latihan MPPJ sepenuh masa kerana terlibat dalam latihan bersama skuad kebangsaan yang mengharungi pusingan kelayakan Piala Dunia.
``Sebagai contoh pada perlawanan kedua liga menentang Kelantan tempoh hari, saya hanya sempat menjalani latihan selama dua hari bersama MPPJ.
``Dalam tempoh sesingkat itu mustahil untuk kami membentuk persefahaman tambahan pula di antara kami masih tidak dapat membaca corak sebenar khususnya, Sasa yang pertama kali beraksi di negara ini,'' katanya.
Juara Piala Malaysia 2003, MPPJ Selangor sekadar mengumpul 2 mata selepas seri dalam dua perlawanan liga, 1-1 dengan Negeri Sembilan dan Kelantan.
Nizaruddin adalah antara pemain tempatan yang menyertai kelab itu di bahagian serangan selain dua penyerang import, ayam tambatan mereka musim lalu, Arostegui dan Sasa dari Yugoslavia.
Setakat ini Nizaruddin sekadar menjaringkan satu gol untuk MPPK ketika pasukan itu memenangi perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah menewaskan Negeri Sembilan 4-2.
Tambah Nizaruddin, dia mungkin tidak mempunyai masalah untuk mewujud persefahaman bersama Arostegui kerana dia tahu corak pemain Argentina itu.
``Tetapi saya akui terpaksa mengambil masa untuk serasi dengan Sasa kerana saya tidak tahu corak permainannya memandangkan dia baru dalam bola sepak tempatan.
``Dalam masa yang sama, dia belum memahami seratus peratus corak permainan saya apatah lagi liga tempatan,'' katanya.
Biarpun begitu, Nizaruddin yakin mereka bertiga akan muncul sebagai antara gandingan penggempur berbisa dalam saingan Liga Perdana.
``Berilah kami masa dalam tiga atau empat perlawanan lagi... Saya yakin dalam tempoh tersebut kami akan mempamerkan keserasian di barisan depan MPPJ,'' katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan