Isnin, 29 Mei 2017

Kurus punca Nizaruddin dipilih



ARKIB : 18/05/2005

KUALA LUMPUR - Penyerang Public Bank Selangor, Nizaruddin Yusof berkata penyenaraiannya ke skuad bola sepak kebangsaan mungkin disebabkan kejayaannya mengatasi masalah berat badan yang selama ini menghalang namanya berada dalam pilihan jurulatih kebangsaan, Bertalan Bicskei.

Dedah bekas pemain Selangor dan MPPJ Selangor itu, sebelum ini namanya tiada dalam senarai Bicskei kerana dia difahamkan jurulatih dari Hungary itu tidak mahu menanggung risiko berikutan berat badan Nizaruddin yang mencecah sehingga 82 kilogram.

Bagaimana pun, kata Nizaruddin corak latihan keras di bawah ketua jurulatih Public Bank, E.Elavarasan telah berjaya mengurangkan berat badannya kepada 70kg.

Kali terakhir Nizaruddin menyarung jersi kebangsaan ialah ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2006 menentang Hong Kong, Jun tahun lalu di bawah kendalian Karl Weigang dan K. Rajagopal

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4iUFUceCN
© Utusan Melayu (M) Bhd